Friday, June 3, 2011

Kadar Baru ArRahnu AGROBANK






Salam semua.setelah sekian lama menunggu akhirnya Agrobank telah mengumumkan kadar baru emas mereka berkuatkuasa 3 JUN 2011,untuk tujuan ArRahnu.Aku rasa ramai jugak yang menunggu pengumuman ini walaupun baru-baru ini juga Agrobank membuat kenyataan yang pihak mereka tidak akan menerima jongkong dan syiling emas lagi untuk tujuan ArRahnu.
Tetapi menurut pihak Agrobank keputusan tersebut bukanlah muktamad lagi,dan keputusan itu akan dikaji semula  untuk penambahbaikkan dalam operasi Arrahnu mereka.

Wednesday, June 1, 2011

PDRM terima Proton Inspira

Salam semua...hehe..kenapa la sekarang ni macam malas pun ada jugak nak buat new post,tapi bila tengok kt blog sendiri ni tak ada benda baru cam bosan pun ada jugak,so aku pun buat la jugak new post.,hehe..

Ok, kali ni pasal berita PDRM terima kereta Proton Inspira untuk dibuat sebagai kereta peronda,haha..bertambah gerun la sikit geng-geng mat rempit n racing kereta, sebab kereta peronda PDRM semakin hari semakin power.

Setakat pengetahuan aku era kereta power PDRM kita bermula dengan kereta Mitshubishi Evo,kemudian diikuti oleh Kia Forte dan yang terkini Proton Inspira yang dikatakan saudara kembar dengan Mitshubishi Lancer.Tapi sebelum kereta-kereta ni keluar,PDRM dah pun memiliki kereta jenama lain sebagai kereta mereka cumanya ia tak la sebanyak WIRA dan WAJA yang kita biasa tengok.

Friday, May 6, 2011

Alhamdulillah

Syukur Alhamdulillah..blog ni pun dah dapat buat new post semula..aku dah selamat dapat baby girl..isteri pun selamat,sihat walaifiat.

Dua tiga hari ni tak sempat nak monitor gold price,ada la jugak aku tanya dengan kakak aku,time tu memang harga naik tinggi,best jugak la dengar,harga pun dah berlegar diantara USD 1500 perounce.

Harini bila aku masuk kerja, then ushar price,tengok2 harga down semula.turun sampai bawah 1500 pulak tu. Sebab apa jadi camtu aku tak sempat pulak nak kaji selidik,haha..plus malas jugak.

Cuma apa yang aku tahu masa ni cambest ja sapa2 nak beli emas..rebut la cepat-cepat peluang ni,hehe..

Dah la tu,aku rasa cam malas pulak nak menaip,hehe..asyik rasa nak layan my lovely daughter ja..haha..maklum la dia yang pertama jadi permata dalam hidup aku dengan isteri..dialah yang diberi nama
DHIYA HUMAIRA..ok wassalam,chow!

Friday, April 15, 2011

Perodua Myvi 2011

Salam semua...arini masa aku kodek2 internet ada la jumpa gambar-gambar terbaru berkenaan dengan myvi 2011 yang dikatakan akan keluar dalam bulan April, ni dah masuk pertengahan bulan dah ni tak ada dengar apa -apa khabar pun,hehe,,apa- apa pun kita tunggu ja la.


Lagipun dieorang yang buat kereta tu,ikut suka hati dieorang la nak keluarkan bila pun,hehe.. Apa yang pasti mungkin kereta tu akan keluar jugak dalam tahun ni.


Ok aku nak kredit sikit blog yang aku jumpa gambar ni,memang blog ni menarik sebab dia ada banyak info pasal kereta-kereta yang bakal dikeluarkan dan jugak yang telah lama dikeluarkan,

Thursday, April 14, 2011

Harga Emas melonjak naik

Salam semua...menurut laporan satu akhbar harga emas diramal akan meningkat sebanyak 13% pada tahun ini dan dijangka mencecah sehingga USD1600.00 per ounce.
 Aku rasa ni satu lagi faktor yang akan menyenangkan hati peminat dan pengumpul emas, walaupun mereka telah sedia yakin tentang purata kenaikan harga emas antara 25% - 30% setahun.Apa yang nak aku highlight kan pada petikan akhbar tersebut adalah punca ataupun faktor kenaikan harga emas dunia pada masa kini.
 So bagi sesiapa yang belum memiliki emas aku rasa masih belum terlambat untuk berbuat demikian,hehe,,wassalam, chow!

Tuesday, April 5, 2011

Silver!!!!!!!!!


Salam semua...rasanya dah lama jugak aku tak antar apa-apa kat blog aku ni,nak kata busy...mungkin jugak la kot..tapi aku kena ingat,macam mana busy sekalipun aku masih ada orang yang lagi busy dari aku,hehe..Apa-apa pun Alhamdulillah tuhan masih lagi tidak membusykan aku gila-gila.Lagi satu,insyaAllah tuhan akan bagi kita lagi banyak masa sekiranya kita bagi banyak masa kita untuk dia,renung-renungkan dan selamat beramal! hehe..Ok,berbalik kepada tajuk ni,SILVER..aku rasa aku antara orang yang agak ketinggalan sikit oleh si SILVER ni,kalau dari awal aku kenal dengan mamat ni mesti lagi banyak leh dapat,kan? aku just nak share ckit dengan korang semua pasal kenaikan harga  silver yang agak 'keterlaluan' sejak kebelakangan ni,korang tengok dulu calculation aku pasal harga silver ni ok,kalau salah korang betulkan la,maklumla aku ni tak la ok sangat dengan matematik,hehe..