Friday, June 3, 2011

Kadar Baru ArRahnu AGROBANK






Salam semua.setelah sekian lama menunggu akhirnya Agrobank telah mengumumkan kadar baru emas mereka berkuatkuasa 3 JUN 2011,untuk tujuan ArRahnu.Aku rasa ramai jugak yang menunggu pengumuman ini walaupun baru-baru ini juga Agrobank membuat kenyataan yang pihak mereka tidak akan menerima jongkong dan syiling emas lagi untuk tujuan ArRahnu.
Tetapi menurut pihak Agrobank keputusan tersebut bukanlah muktamad lagi,dan keputusan itu akan dikaji semula  untuk penambahbaikkan dalam operasi Arrahnu mereka.

Kalau nak diikutkan dari laman Facebook Agrobank,overlap masih boleh dilakukan bagi jongkong dan syiling emas yang telah sedia ada didalam Arrahnu,cuma pihaknya tidak menerima untuk proses pemohonan baru sahaja.

Apa-apa pun aku harap sesiapa yang rasa ia boleh buat untung overlap dengan kadar baru ni,dipersilakanlah...hehe..dan sesiapa yang rasa ianya tidak memberi keuntungan padanya,bersiaplah untuk menebus emas anda supaya tidak dilelong..hehe..sekian wassalam,chow!



*Emas 999 (24 karat) RM176.50

*Emas 950 (22.8 karat) RM167.70

*Emas 916 (22 karat) RM161.80

*Emas 875 (21 karat) RM154.50

*Emas 835 (20 karat) RM147.10

*Emas 750 (18 karat) RM132.40

No comments:

Post a Comment