Thursday, April 14, 2011

Harga Emas melonjak naik

Salam semua...menurut laporan satu akhbar harga emas diramal akan meningkat sebanyak 13% pada tahun ini dan dijangka mencecah sehingga USD1600.00 per ounce.
 Aku rasa ni satu lagi faktor yang akan menyenangkan hati peminat dan pengumpul emas, walaupun mereka telah sedia yakin tentang purata kenaikan harga emas antara 25% - 30% setahun.Apa yang nak aku highlight kan pada petikan akhbar tersebut adalah punca ataupun faktor kenaikan harga emas dunia pada masa kini.
 So bagi sesiapa yang belum memiliki emas aku rasa masih belum terlambat untuk berbuat demikian,hehe,,wassalam, chow!


LONDON - Harga emas dunia diramal meningkat sebanyak 13 peratus pada tahun ini menjadikan harga logam itu mencecah sehingga AS$1,600 (RM4,840) bagi satu auns (28.3 gram).
Kenaikan itu berterusan sejak 2001 didorong oleh kebimbangan terhadap inflasi yang tinggi dan kadar faedah global yang rendah.
"Kami tidak akan terkejut jika melihat harga emas melepasi AS$1,600 sebelum hujung tahun ini," kata Pengerusi Eksekutif firma penyelidikan GFMS Ltd., Philip Klapwijk dalam laporan terbarunya yang disiarkan semalam.
Ramalan itu tidak berubah daripada jangkaan awal yang dikeluarkan pada Januari lalu selepas harga emas mencatat harga tertinggi dalam sejarah iaitu AS$1,478.18 (RM4,472.23) bagi setiap auns di London pada Isnin lalu.
"Para pelabur terus bimbang mengenai inflasi dan kerajaan-kerajaan dilihat kurang berminat untuk mengetatkan polisi kewangan. Kedudukan kewangan kerajaan juga menjadi alasan kenapa pelabur kekal fokus terhadap pasaran emas.
"Penerimaan kenaikan harga oleh para pengguna akan membantu meningkatkan permintaan terhadap barang kemas selain menyediakan platform kukuh untuk pelabur menaikkan harga emas menjadi lebih tinggi," kata Klapwijk.




No comments:

Post a Comment