Monday, January 31, 2011

5 Blog Tutorial Terbaik Untuk Blogger Newbie


Entri ni aku amik dari http://neodmarco.blogspot.com,blog ni memang banyak jugak membantu dalam proses untuk menjadikan blog kita sebagai satu blog yang boleh tahan la jugak..muahaha..so kalau korang rajin leh la try pegi melawat blog ni,aku jamin tidak rugi punya..hehe..promosi..


Blog tutorial adalah antara blog yang paling awal akan dikunjungi oleh blogger newbie.Di waktu seorang blogger newbie mula menceburi dunia blogging,blog yang berunsurkan blog tutorial pasti menjadi antara blog yang akan dikunjungi hampir setiap hari.Terlalu banyak sebenarnya jika ingin disenaraikan blog tutorial yang ada,tapi hari ni aku pilih 5 blog tutorial yang pada pandangan aku merupakan blog tutorial yang terbaik untuk dijadikan rujukan buat blogger newbie yang baru menceburi dunia blogging.

Sunday, January 30, 2011

Buat duit dengan menjadi Agen Tune Talk!


Dengan hanya bermodalkan RM 42.00 sahaja anda mampu untuk menjadi agen Tune Talk dan akan mendapat komisyen setiap kali pelanggan menambah nilai prepaid mereka.Ini adalah salah satu idea yang diguna pakai oleh pihak TuneTalk untuk mengurangkan kos pemasaran mereka.Tune Talk seperti mana yang kita tahu adalah salah satu syarikat yang berada di bawah naungan Datuk Seri Tony fernandes iaitu seorang otai di dalam bidang perniagaan.Dengan menggunakan pendekatan mencari Agen seperti ini,pihak TuneTalk bukan sahaja dapat mengurangkan kos pengiklanan mereka tetapi juga dapat membantu masyarakat dalam menambah pendapatan mereka.Untuk maklumat yang lebih mendalam dalam perniagaan ini sila klik link yang disertakan ini.
http://www.bisnesprepaid.com/myvi58





Thursday, January 27, 2011

Penyu oh Penyu..


Salam..hehe..hari ni aku rasa macam nak cakap berkenaan dengan penyu,
penyu ni kalau nak dikirakan adalah sejenis makhluk tuhan yang boleh dikatakan kiut la jugak.
Cuba tengok kalau dekat kedai-kedai yang ada jual soft toy bentuk penyu,mesti nampak macam kiut ja kan? hehe..
Tapi bukan pasal kiutnya penyu tersebut yang nak diperkatakan,tetapi ini berkenaan dengan ancaman kepupusan yang
dialami oleh makhluk ini, samaada dari ancaman kita (manusia) sendiri dan juga dari binatang pemangsa.Aku ada baca dalam
majalah RD tentang kisah penduduk di satu kawasan di Filipina yang mana dahulunya mereka turut menjadikan penyu sebagai
sumber pendapatan dan juga makanan.

Monday, January 24, 2011

ArRahnu : Bagus atau tidak?







Assalamualaikum pembaca sekelian..
Harini nampaknya semakin ramai yang suka dengan emas..Alhamdulillah..

Semakin banyak soalan yang diterima mengenai ar-rahnu dan semakin ramai terpesona dengannya dan ade juga yang menangis kerana nya! Jadi, disini saya terpanggil rasanya untuk membicarakan hal ini (haha..ayat skema la pulak)


Ok ok..kita cakap secara x formal..lagi senang nak paham betul tak?hihi


Sebelum pergi lebih jauh saya nak tambah sikit dari artikel sy sebelum ni mengenai ar-rahnu..sebab ade soalan mengenainya..jadi jom kita tengok bentuk soalan dari si penanya..hehe

“…….nk tanye lg psl ar rahnu.ok,contoh sy pg pajak 1dinar kat agro bank.nilai emas tu akan ikut harga semasa di bank tu ke mcm mana ye?(ada yg sy xclear sket). proses kat agro bank pun sy xtau.dia akan amik resit beli emas tu kan?tu yg xfaham tu,pinjaman tu based on nilai emas semasa atau based on harga beli since die tgk resit tu…..”
Logik jugak soalan ni..kenapa ade sesetengah ar-rahnu nak mintak resit??dia nak bagi pinjaman berdasarkan nilai kat resit tu ke?

Jawapannya: TIDAK

Kalau pajak kat Agrobank, diorang tak ambik resit dan takkan tanya pasal resit.. best tak?? Agrobank ni memang antara ar-rahnu yang paling best kat Malaysia ni..tak mintak pon resit..

Apa yang penting??

1.Emas
2.Certificate (sijil) emas tersebut
3.Kad Pengenalan
4.Ade akaun dengan AgroBank (kalau takde bleh bukak akaun dengan minimum RM20 je..)


jadi, tak kisah walau berape pon harga emas masa kita beli tu..mahal ke murah ke dia xkan ambik tau..
yg dia akan bagi pinjam cuma 70% daripada nilai semasa emas kita..ikut harga semasa di agrobank tu..
kalau x silap sekarang ni utk emas 916 = RM146/gram
1 dinar = 4.25gram
nilai marhun emas 1 dinar tu= 146×4.25 =rm620.50
katakan rm620,
jadi kita cuma dpt pinjam 70% dari 620 tu = RM434.00


Upah simpan
setiap rm100 nilai marhun kena bayar 60sen
jadi..nilai marhun kita tadi rm620
rm620 x RM0.60sen bahagi RM100
=RM3.72 sebulan
jadi untuk 6 bulan kena kali 6 la… rm3.72x6bulan = RM22.32
tu upah simpan yg kita kena byr
Ok stop dulu bab tu…




Bagus atau tidak ar-rahnu ni?
Sebenarnya ada baik ade yg tak baik kalau pajak melalui ar-rahnu ni..

Yang bagusnya, ar-rahnu akan berikan pinjaman kepada kita sebanyak 50-75% daripada nilai marhun emas milik kita. Bagus jugak ni sebab kadang2 kita nak pakai duit tapi duit dalam simpanan kita dah abis. Mana tak abis, asal dok nampak kad ATM je nak pegi cucuk asal nak cucuk je nampak kat ATM..jadi duit dalam simpanan pon pelan dok habis..isk isk isk..baru harini dapat gaji tah esok lusa gaji pon nak abis dah..




Bila ade emas ni, kurang la sket pergerakan klua wang..sebab duit kita dah jadi emas..(bagus jugak simpan emas) tapi..kadang2 tu kita mungkin terdesak nak guna duit. Mungkin sebagai contoh anak2/adik2/kita sendiri nak sambung belajar ke..tapi takde duit..jadi ada 2 jalan keluar untuk dapat kan duit..
bukan mencuri atau merompak..

tapi dengan cara memajak atau menjual balik emas milik kita tu..

Memajak
Memajak memang bes..sebab macam contoh kat atas tadi, kita akan dapat pinjaman 70% dari nilai marhun emas kita tu. banyak gak tu..70%
ok nak bagi nampak lebih jelas..

katakan kita pergi pajak emas 100gram



nilai marhun = 15,900.00
nilai pinjaman = 11,130 (70% dari nilai pinjaman)
upah simpan = RM95.40/bulan (RM572.40 kalau untuk 6 bulan)

Ok, bes tak??bleh dapat pinjam RM11,130.00 banyakkkkkk tu……
tapi bila dah dapat pinjam banyak…jangan LUPA itu duit pinjam…ingat..saya ulangi…itu duit ape??duit PINJAM

jadi kena la mendisiplinkan diri..untuk bayar balik pinjaman tersebut..bukan ape..pesanan ni saya beri sebab ade yang menangis sebab tak disiplin dalam membayar pinjaman tersebut..

macamana nak disiplin kan diri?
pinjaman yang kita dapat tadi RM11,130.00 jadi nak kena setelkan dalam masa 6 bulan.
jadi, 11,130.00/6bulan = RM1855.00/bulan (tak termasuk upah simpan)
jadi mampu kah kita nak bayar sebanyak tu sebulan?

tapi kalau takdapat setelkan dalam masa 6 bulan boleh lagi extend ke 6 bulan dan 6bulan lagi (setahun setengah: ni info terbaru yang saya dapat) maka, total 18 bulan…

katakan 18bulan,
jadi sebulan lebih kurang RM620/bulan.. (harap 18bulan ni mampu la bayar)
tapi igt..yang tadi tu saya kira tak termasuk harga untuk upah simpan..
jadi, kalau rasa membebankan..bagi saya jangan la pergi pajak kalau x mampu untuk bayar balik..risau lak saya..hehe




bukan ape, kalau buleh saya nak semua orang bebas hutang..saya ade pergi dengar ceramah agama baru2 ni..ustaz tu kata..Rasulullah dulu boleh kata hampir setiap hari doa minta agar bebas hutang..tapi masyarakat kita sekarang ni..kalau buleh nak berutang..hehehe memang susah nak lari dari utang ni..beli motor, keta, rumah..semua nya kena berutang kan? tapi..kena selalu berdoa..mudah2an kita bebas dari hutang insyaAllah..mana la tau kan rezeki datang melimpah ruah dari sumber yang tak disangka2..?

Bagi mereka yang x mampu nak bayar atau rasa membebankan, nasihat saya jangan pajak tapi buleh jual emas tu.

Tapi, kalau nak pajak dalam jumlah yang kecil, rasanya kita mampu kot nak bayar balik..insyaAllah..
tapi tahukah anda??

Agrobank memang akan bagi 70% pinjaman..tapi..kalau kita nak guna duit sikit je..kita bleh bagi tau kat diorg…

contoh..

“abang..saya nak pinjam 50% je bleh tak?”


Jadi, takde la membebankan nak bayar balik…melainkan kita betul2 disiplin..
kadang2 kita cakap je kita disiplin..tapi..???

“Ahh..tangguh dulu la bulan ni..malas nak bayar balik..takpe bulan depan aku bayar double..!!”
Kalau anda cakap macam ni…saya raasa baik jangan..Danger!hehehe..
p/s: anda juga kalau takmau bayar tiap2 bulan pon takpe..bulan ke-6 tu buleh bayar penuh sekali gus (cara ni saya tak galakkan)


Ok la..akhir kata dari saya, baik atau tidak ar-rahnu ni semuanya terletak ditangan anda! ar-rahnu sudah tentu satu sistem yang baik utk membantu mereka yang memerlukan wang..tapi semua itu terpulang kepada kita macam mana kita menguruskan pinjaman tersebut! jadi..Berdisiplin kah anda???




Senarai AgroBank ditempat anda
•Headquarters
•Branch Network
◦Johor
◦Kuala Lumpur
◦Kedah
◦Kelantan
◦Negeri Sembilan
◦Melaka
◦Pulau Pinang
◦Pahang
◦Perak
◦Perlis
◦Selangor
◦Sabah
◦Sarawak
◦Terengganu


p/s: sumber dari inspirasiemas.com

Dinar Borneo


Selamat datang diucapkan kepada saudara dinar baru kita.Satu lagi alternatif dinar yang kita boleh dapati di pasaran emas kita samaada untuk tujuan simpanan ataupun pelaburan.Lengkap dengan sijil.Cuma saya kurang pasti samaada dinar ini turut diterima di Arrahnu ataupun tidak.Kepada sesiapa yang ada info harap kongsi.