Wednesday, February 9, 2011

Tak boleh guna Aksesori DVD dan GPS pada kereta


JPJ kemungkinan bakal mengambil tindakan terhadap pemilik kereta yang menggunakan Aksesori DVD dan juga GPS pada kereta mereka.Dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh sebuah akhbar,pihak JPJ menyatakan bahawa kesemua aksesori ini akan boleh mengakibatkan pemandu menjadi lalai seterusnya turut menyumbang kepada kemalangan jalan raya.Tindakan ini kemungkinan hanya akan di ambil kepada kereta yang memasang aksesori ini sendiri dan tidak kepada kereta yang telah sedia ada dilengkapi oleh aksesori tersebut daripada pengeluar kereta.Bagi aku la kan,majoriti kereta yang dah sedia ada aksesori ini dah tentu kereta dari jenama yang mahal-mahal,

dan yang guna pun dah tentu mereka yang banyak duit kan?,manakala yang tidak dilengkapi oleh aksesori ini pula adalah dari kereta yang jenama biasa-biasa,kereta aku termasuk senarai ni la,hehe...Kesian la jugak kan,kalau boleh nak jugak merasa ada aksesori macam kereta berjenama,tapi nampak gaya hasrat tu mungkin terpaksa dibatalkan,ya la,kalau betul-betul nanti undang-undang ini dikuatkuasa,tak pasal-pasal kena saman,dah la duit pun cukup-cukup ja,nak bayar saman lagi? oh tidakkkkkkkkk..Agak-agak apa pendapat korang,betul ka ini semua adalah punca kemalangan,sejauh mana ianya memberi kesan kepada pemandu?

.Aku rasa mereka yang pasang aksesori DVD bukannya untuk dieorang sangat pun,tetapi untuk anak-anak isteri mereka yang mungkin bosan dalam kereta,nak-nak pulak sekiranya perjalanan jauh.

GPS pulak,aku rasa tak la pemandu tu nak tenung kt screen GPS tu lama-lama,dan pulak kalau GPS yang memang ada voice direction,tak payah la pemandu tu nak tgk sangat kt screen tu.Kesimpulannya aku rasa mungkin mereka sepatutnya mengkaji lebih mendalam lagi sebelum kuatkuasakan sesuatu undang-undang,jangan sampai ada yang tertindas, dan apalah guna teknologi sekiranya ia tak dapat dinikmati oleh semua golongan masyarakat,kan? hehe..ok.wassalam,chow!

1 comment:

  1. Selamat Pagi semua,

    Kereta Android DVD untuk dijual,
    http://www.aliexpress.com/store/group/Car-DVD/321946_212076176.html

    for more information or corporation please write to me via email : Tethertrading@gmail.com

    Special price for Malaysian, Satu Malaysia

    ReplyDelete