Tuesday, February 1, 2011

Harga Petrol RON97 naik lagi.


Harga minyak petrol RON97 mengalami kenaikan harga lagi sebanyak 10sen dan menjadikan harganya sekarang adalah RM2.50 seliter.Ini adalah kenaikan kali keempat bagi RON97.

Harga minyak RON97 ini telah diapungkan harganya mengikut harga minyak dunia,dan ini bermakna,sekiranya berlaku kenaikan harga minyak dipasaran dunia maka akan turut naiklah harga RON97 ini.

Kebanyakkan orang yang menggunakan minyak jenis ini adalah mereka yang menggunakan kereta yang berkuasa besar dan berjenama mewah, yang mana sudah tentu juga memiliki duit poket yang boleh tahan jugak la (tak la semua).


Walaupun begitu,kenaikan ini akan turut terasa bagi mereka yang ingin melakukan perjalanan jauh sempena musim perayaan.Nasib baik la aku guna Myvi ja, dan kalau dulu masa mula-mula aku guna la jugak minyak RON97 ni,tapi lama-lama bila dah kawin,dah ada famili,rasa cam tak terkejar pulak dek kenaikan harganya,hehe..so sekarang RON95 ja la yang menjadi pilihan hati,hehe.Memandangkan kenaikan harga RON97 ni macam laju semacam ja,tak jadi la aku nak pakai BMW ka,Mercs ka..hehe..padahal memang tak mampu.

Ok lah,apa-apa pun aku rasa kerajaan mempunyai alasannya yang tersendiri terhadap kenaikan harga ini,cuma aku dan orang lain berharap sangat supaya alasan ini diterangkan dengan lebih terperinci supaya semua orang puas hati..dan ingat,PEACE NO WAR...wasalam..chow!

No comments:

Post a Comment