Thursday, February 10, 2011

Harga Emas dah turun..


Artikel ni aku ambik dari website geng916.com, website ni antara website yang amat bagus jugak bagi sesiapa yang ingin menceburi bidang pelaburan emas dan perak.Banyak info yang kita leh dapat dari sini,nak2 pulak untuk orang yang bermiat dengan pelaburan emas tetapi masih memerlukan maklumat-maklumat tambahan untuk lebih mengkonfidenkan dirinya,hehe..macam aku la. Aku pun masih baru dalam dunia pelaburan emas ini,kadang-kadang bila tgk harga emas dah turun dari harga waktu beli dulu,cuak la jugak kan, hehe..tapi bila dah tahu kenapa dan trend harga emas dunia,tak la gelabah sangat kan. Ok,bagi sapa yang nak tahu pasal ni leh terus sambung baca artikel dari website geng916 ni,kalau nak lagi lebih pergi ja terus website dia...ok,wassalam,chow!



Assalammualaikum kepada para pembaca sekalian….geng harapkan anda semua berada didalam keadaan sihat sejahtera…hmmm lama geng tak update…bz sikit…ramai orang tertanya-2 geng dah lama macam tak aktif..baik melalui blog mahupun dalam facebook..hehehe…biasalah awal tahun bz….semester baru lah katakan…hmmm bagaimana dengan simpanan emas anda…dan geng nak ucapkan kepada pembaca-2 baru dan pemilik-2 baru emas…selamat datang ke dunia emas…baik anda sebagai penyimpan,pelabur mahupun jadi tokey emas..hehehe….seperti yang geng post sebelum nie…tahun 2011 adalah tahun untuk emas,tetapi bukan saja emas …barang lain pun dah mula naik harga…getah dah naik harga …15hari menoreh dah boleh kumpul RM10k…banyak tue..pakat menoreh…hehehe..selagi rezeki halal dan dapat menambah income…apalah salahnya
kali nie geng nak sikit kepada para pembaca…bukan cerita apa sangat…cuma ianya lebih kepada makluman……HARGA EMAS DAH TURUN!!!!!!….hehehe…aaa betul harga emas dah turun…tak percaya?ok jp geng nak post gambar harga emas public gold…
 
dah turunnnnnn……tapi tentu anda ada tanya …kenapa harga emas boleh turun..sedangkan sebelum nie.dah cecah tinggi kalau 20gram tahun lepas dah cecah RM3200…tapi sekarang boleh jatuh …terjun serendah RM3084…beza harga RM200 tue….anda tentu mula rasa…aku dah rugi beli emas…hari tue beli RM3145….sekarang dah turun …..rugi…rugi…rugi…..hehehehe….relax-relax…..jika anda terfikir begitu…bermakna anda belum faham mengenai pelabaran emas…tapi jangan risau…geng916 ada…geng akan bongkarkan nya didalam nie…
ok…geng nak terangkan sedikit..
ok harga emas sebenarnya dipengaruhi oleh beberapa pekara….
  1. pemintaan dan penawaran
  2. Penurunan nilai matawang Dollar Euro (matawang dunia)
  3. Tukaran wang asing, diantara USD vs MYR sebab kita beli dengan ringgit
  4. keadaan ekonomi dunia
  5. keadaan keamanan dan ketenteraman dunia
  6. kenaikkan harga minyak
  7. dll…tapi yg diatas adalah beberapa faktor utama
ok semua orang tahu..keadaan ekonomi dunia semakin meruncing…dan kejatuhan nilai dollar dan Euro adalah penyebab utama sebab semua urusniaga mengunakan dollar dan dieropah mengunakan Euro…jadi apabila orang dah risau dengan keadaan ini…orang yg menjadi pelabur-2 beralih kepada emas dan perak…serta orang-2 yg kaya raya mula menukarkan wang kertas, bon-bon dan surat jaminan kepada emas..kenapa nilai dollar boleh turun?sebabnya apabila wang kertas dicetak terlalu banyak…jadi susut la nilainya..sebab tue…musuh utama wang kertas adalah inflasi…jadi tak kiralah anda simpan banyak mana dalam bank anda..1juta ke…200k ke ataupun 20k….jika dimakan inflasi susut simpanan anda….tapikan ada orang tanya geng….betulke….kenapa dalam bank saya masih ada 200k jugak…tak kurang pun?..heheh betul…tapi adakah 200k sekarang boleh beli barang sama macam dulu?perasankah anda..bila anda pie shopping di giant, tesko atau mana-2 shopping complex..bila anda bawa RM100 sahaja…sekarang nie berapa sangatlah barang yg boleh dibeli…bila anda bayar…pastu anda cakap..apasal mahal sangat barang sekarang nie…haaa…itulah jawapannya….harga barang naik…sebenarnya barang adalah sama….dulu telur ayam diluar kulit warna kuning tanah, isi didalam warna putih dan isi tengah warna kuning….dahulu kini dan insyaallah akan sama…kecualilah anda cucuk warna lain..hehehe…tapi tetap sama…telur ayam jugak…tapi mahal..mahal adalah nilainya, apabila nilainya tinggi..harganya akan naik…apabila harga naik…kita perlukan wang kertas yang lebih untuk beli….inilah inflasi….dan inilah yg dikatakan nilai matawang jatuh….sebab dimakan inflasi…
sebab tue kita kena faham apa itu wang kertas…apa peranan wang kertas….nak tahu?ok geng akan ceritakan…wang kertas….
wang kertas:- dihasilkan bertujuan dijadikan medium petukaran sahaja, supaya urusan jual beli dan perkhidmatan menjadi lebih mudah..bukan untuk menjadi penyimpan nilai….’
tapi kenapa kita simpan wang jugak?asalnya untuk kita mudah dah selamat disimpan…maksud selamat..selamat dari dicuri orang..ini kerana kita dibayar gaji dan perkhidmatan kita dalam wang kertas…jadi kita hargai wang yg kita perolehi itu..sebab tue kita anggap ia bernilai..sedangkan ianya cuma alat untuk menjadi pengantara sahaja…dulu wang kertas disandarkan dengan emas….jadi jika anda ada wang kertas RM10…boleh tukar degan emas….tukar tau bukan beli…tak percaya…pergi la bank negara ….bawa RM10 tunjuk kan pegawai BNM…cakap saya nak nilai RM10…dia boleh bagi apa?dia halau buta saja..hehehe…sebab tue wang kertas bukan penyimpan yg baik…jadi apa yang boleh menjadi penyimpan nila?
barang keperluan, minyak,gandum,beras telur dll…boleh menjadi penyimpan nilai…tapi kisahnya…kita nak simpan bukan setahun..tetapi jangka panjang…semua barangan keperluan ada tarikh luput..dimakan usia…jadi kena ada satu barang yg tahan lama…jadi jawapannya emas lah….emas dulu sampai sekarang masih lagi emas…jadi emaslah yang diangap penyimpan kekayaan yg sebenar…dan harganya jugak sentiasa naik…..tetapi kenapa ianya turun sekarang?hehehe ok..sebenarnya harga emas dunia bukan merujuk kepada pasaran emas di malaysia…kita beli saja guna ringgit malaysia…tapi harga emas merujuk kepada pasaran di barat…ok sekarang nie pelabur-2 cuti….cuit apa.?cuti krismas dan awal tahun…musim bunga…..cucti-cutilah…big player dalam pelaburan bercuti setelah masyuk tahun lepas..cutilah apa lagi…tren ini berlaku setiap tahun…baik mari kita lihat 2 tahun lepas…tahun 2010 dan tahun 2009
Gratf Tahun 2009…cuba lihat pada awal tahun dari Jan-March
Graft Tahun 2010..cuba lihat pada awal tahun jugak dari Jan-March
setiap kali awal tahun…jika kita lihat trend harga emas..pada awal tahun mesti dia turun…pastu akan naik sedikit…raya cina punya pasal….kemudian akan naik tinggi pada bulan Mei dan Jun….dan akan turun semula…pastu menjelas bulan Ogos sahaja mula naik…hehehe…jadi jangan la risau jika anda beli emas thn lepas dan sekarang turun…sabar..inikan pelaburan…pada geng apabila harga emas jatuh ….inilah peluang kepada kita..bagi yang dah ada emas..masa nielah kita tambah emas…kalau duit tak cukup..apa susah ..pergi saja pajak…dapat cash..tambah sikit duit kita beli emas baru…ini teknik Arrahnu..hehehe bulan-2 bayar kepada arrahnu kerana kita pinjam duit dari mereka..arrahnu pulak tiada interes…dan yg bestnya boleh bayar suka hati..dan nilainya tak tetap..dalam masa 6 bulan…tak boleh selesai 6 bulan..sambung lagi 6 bulan…kan best..bank jangan harap bleh buat….ini kelebihan orang yg ada emas….bagi yang belum mula..sekarang nie kira cantik untuk beli emas…cari saja barang kemas yg ada…pajak saja..atau beli bayar 4 kali..apa susah…nak tahu call la…kalau tak call geng mana nak tahu…0134353317
ok sekarang nie harga emas rendah…jadi pelabur-2 baru nie baru nak belajar nak melabur..jadi diorang beli sikit…bila dah habis cuti..pelabur-2 baru masuk..haaa mulalah nak melabur..boleh la tengok harga emas macam ombak..naik-turun surut dan pasang…hehehe emas…komoditi lah katakan…sebab tue kalau kita nak betul-2 main emas…geng cadangan anda kena ada ilmu…nie geng nak kongsi artikal dari blog jutawanemas.com

Siapkan minda anda terlebih dahulu.

 

First sekali, sebagai pelabur emas anda perlu memahami perkara-perkara dibawah:
1. Emas adalah pelaburan jangka masa sederhana dan panjang. Ia memang akan
   menguntungkan pelabur. Tempoh masa untuk pelaburan emas disarankan
   sekurang-kurangnya 1 tahun ke atas. Kesabaran penting kerana ia melibatkan
   proses menunggu harga emas naik dan turun.
2. Di dalam pelaburan emas, anda perlu menggunakan konsep mulakan sekarang.
    Beli emas dulu kemudian tunggu (buy first then wait), bukannya tunggu masa
    yang sesuai untuk bermula.
3. Sebagai komoditi, harga emas sentiasa ada turun naiknya tetapi di dalam
    jangka masa panjang harganya akan meningkat naik.
4. Pelaburan emas tidak menjamin pendapatan tetap setiap bulan.
    Jika anda mahu menjana pendapatan setiap bulan maka pelaburan emas
    bukanlah jawapannya. Jawapannya ialah perniagaan emas.
   Ya! Anda kena melabur sambil berniaga emas.
5. Pelaburan emas yang sebenar bukanlah dengan cara menyertai skim-skim
    pelaburan emas. Anda akan temui beberapa syarikat yang menawarkan
    pulangan lumayan jika anda melabur emas dengan syarikat mereka
    (contohnya memberikan pulangan tetap 2%-3% sebulan).
    Ini kerana risikonya adalah tinggi. Sudah banyak syarikat yang menawarkan
    pelaburan emas telah diserbu oleh Bank Negara Malaysia atau cabut lari.
6. Semakin banyak ilmu yang anda perolehi maka menjana pendapatan
     dengan emas akan menjadi lebih mudah. Justeru anda perlu rajin membaca
     laman-laman web yang berkenaan emas. Contohnya ialah:
i. Kitco (www.kitco.com)
ii. The Bullion Desk (www.thebulliondesk.com)
iii. Goldsilver.com (www.goldsilver.com)
iv. Mineweb (www.mineweb.com)
v. Casey Research (www.caseyresearch.com)
vii. Bullionvault Gold News (http://goldnews.bullionvault.com/)
viii. World Gold Council (http://www.gold.org/)
Baiklah, sekarang saya akan bercerita tentang pelan tindakan. Untuk pengetahuan anda pelaburan emas yang baik memerlukan strategi dan pelan tindakan yang baik.
Inilah dia pelan tindakan anda.

Pelan tindakan.

 Terdapat 3 pelan tindakan yang perlu anda ambil:
  1. Tindakan pertama: mulakan sekarang! Beli emas dulu kemudian baru tunggu (buy gold first then wait), bukannya tunggu masa yang sesuai untuk bermula.
  2. Tindakan kedua: Beli emas secara konsisten.
  3. Tindakan ketiga: –untuk lebih untung lebih buat tindakan nie — (baca dalam ebook)

Tindakan pertama: Beli emas dahulu, kemudian baru tunggu.

Tindakan pertama adalah MULAKAN SEKARANG!
Anda perlu membeli emas dahulu kemudian barulah tunggu harganya naik.
Ramai orang yang baru hendak bermula akan terasa teragak-agak untuk membeli emas mereka untuk kali pertama. Keadaan ini biasanya berlaku apabila harga emas sedang tinggi. Mereka takut selepas membuat pembelian tiba-tiba harga emas jatuh dan mereka akan rugi. Mentaliti ini perlu dielakkan sama sekali.
Ramai yang teragak-agak untuk memulakan pelaburan emas walaupun tahu ianya sangat menguntungkan dan emas memang naik harga di dalam jangkamasa panjang. Mereka merasakan harga emas “mahal”.
Ya memang betul emas memang mahal. Ia akan menjadi lebih mahal
sentiasa naikkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!!!!!!!!!!….
Saya tak pernah jumpa orang yang cakap harga emas adalah murah. Perasaan mahal itu hanyalah bisikan otak kiri anda sahaja. Usah pedulikan ia. Yang penting anda perlu bertindak.
Emas adalah pelaburan jangkamasa panjang (setahun keatas). Walau apa juga harga emas ketika itu anda perlu membeli emas dahulu, kemudian baru menunggu.  Sekarang ialah zaman kenaikan harga emas. Dimana sahaja harga permulaan anda, anda akan tetap untung.
Jadi ambil tindakan sekarang!!
Langkah pertama adalah amat penting….

Tindakan kedua: Beli emas secara konsisten.

Setelah memulakan langkah pertama anda, maka langkah kedua ialah membeli emas secara konsisten. Dengan kata lain, anda perlu menetapkan matlamat untuk memiliki emas setiap beberapa bulan. Contohnya anda meletakkan target untuk membeli sebiji dinar setiap 3 bulan.
Dengan mengambil tindakan membeli emas secara konsisten, anda akan memperoleh keuntungan dengan kaedah pemurataan kos (cost averaging). Di dalam trend harga emas yang menaik, purata harga emas yang anda beli akan semakin menurun jika anda membeli emas dengan konsisten.
Bagaimana kaedah pemurataan kos menguntungkan pelabur emas di dalam jangkamasa panjang.
Untuk memudahkan anda melihat keuntungan mengunakan teknik pemurataan kos, saya akan berikan anda satu contoh:

Andaian 1: Anda telah memulakan pelaburan emas daripada tahun 2006 sehingga tahun 2009.
Andaian 2: Anda membeli 1 keping syiling Kijang Emas ½ Oz secara tetap sebanyak 4 kali setahun. Syiling Kijang Emas ini anda beli setiap bulan Januari, Mei, September, Disember.
(anda boleh merujuk sejarah harga Kijang Emas di laman web Bank Negara Malaysia)
di laman web: http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=141 )

Daripada jadual diatas, apabila anda mencampurkan keseluruhan harga syiling Kijang Emas daripada tahun 2006 – 2009, jumlahnya ialah RM23,257 dan anda mempunyai 16 keping Kijang Emas.
Jadi, kos purata setiap Kijang Emas ialah RM1453 setiap satu.
Pada 1/6/2010 nilai belian balik kijang emas ialah RM2027. Jika anda menjual kesemua 16 keping syiling Kijang Emas maka keuntungan anda ialah:
(RM2027 – RM1453) x 16 keping = RM9184.00
Ini adalah keuntungan sebanyak 39.49%
Dengan membeli sebiji Kijang Emas secara konsisten, anda akan mendapati bahawa harga purata bagi setiap syiling akan menjadi lebih rendah.
p/s: Bagi memudahkan pengiraan saya andaikan anda hendak jual semua syiling Kijang Emas tersebut. Tetapi mungkin anda akan menjual 15 keping sahaja kerana Kijang Emas yang dibeli pada 1/12/2009 itu belum untung lagi.
jadi kepada anda semua diluar sana…jangan lepaskan peluang ini..beli sekarang….beli dan simpan emas..tapi berhati-2 jangan terlalu gila-2 sampai boleh ditipu oleh orang-2 yg nak ambil kesempatan…ingat beli emas ikut harga semasa dan murah….jadikan harga kedai-kedai emas besar sebagai sandaran….jangan beli emas lebih mahal dari harga emas di kedai emas…nak emas murah call saya geng…murah tak la murah sangat..sebab emas mahal dari harga geng beli dulu..hehehe…ok ini harga kedai emas

ini linknya:- http://fgjam.org.my/
kebanyakkan kedai-2 emas besar mengunakan harga ini seperti habib, pohkong,tomei,whah chan dll….semua ikut harga ini…jadi..jangan beli emas lebih mahal dari harga ini…bukannya apa takut anda semua rasa menyesal nanti..nak harga murah…call saya geng geng boleh usahakan mengikut budget anda…maklumla..kawan ramai…ramai orang jual emas…jadi geng boleh usahakan ..mungkin jenama lain..tapi itu ikut kemampuan anda..geng ada emas PG..hehehe..
ok..kepada anda nak beli emas keluaran Public Gold..geng nasihatkan anda beli sekarang kerana Public Gold akan bercuti selama 10 hari bermula 1 hb Feb…..
hmmm diorang cuti la pulak….tapi tak apa…bagi geng biarlah mereka bercuti…kerana selama nie mereka kerja bertungkus lumus melayan pelangan…biarlah mereka cuti…geng tak kisah…walaupun ditakdirkan harga emas turun…biarlah…geng tak kisah..janji mereka bercuti..kesian pulak geng tengok bila mereka kerja sampai tak sempat keluar makan…gila betul…tapi tuelah.pengorbanan mereka demi memuaskan hati pelangan…jadi bercutilah….
jadi kepada kita …masa nielah kita kena beli…beli sekarang …lock sekarang…senang….lepas nie tak pening-2 tak marah-2…buat apa stress-stress…hehehe…
ok jika anda nak tahu pasal emas…jangan malu-2…hadiri seminar yang dianjurkan kami…boleh lihat di jadual… http://geng916.com/seminar-training/
kalau nak beli emas…boleh hubungi geng di nombor 0134353317..

No comments:

Post a Comment