Wednesday, February 2, 2011

Kerajaan guna kapal TLDM pindah pelajar dari Mesir


Kerajaan Malaysia bercadang untuk menggunakan perkhidmatan kapal TLDM,KD Bunga Mas untuk membawa keluar pelajar Malaysia yang terperangkap di Mesir ke Jeddah seterusnya mereka akan dibawa pulang ke Malaysia dengan menggunakan pesawat MAS,AIRASIA dan CHARLIE dari pihak TUDM.Kapal yang dikatakan boleh memuatkan sehingga 500 orang itu pada masa kini sedang menjalani rondaan dan juga operasi anti lanun di Teluk Aden.




Keadaan di Mesir pada ketika ini menjadi lebih runcing berikutan tunjuk perasaan yang dibuat oleh punduduknya untuk mendesak supaya presiden Husni Mubarak berundur.Maklumat yang diperolehi oleh pelajar Malaysia di Mesir juga mengatakan bekalan makanan mereka hampir habis dan keadaan menjadi amat tidak selamat,terutama pelajar-pelajar perempuan.

Turut disiarkan di Buletin Utama malam tadi adalah rakaman perbualan telefon oleh salah seorang pelajar di sana yang mengatakan kebanyakkan pelajar dari negara lain telahpun dibawa pulang oleh negara mereka masing-masing, dan beliau amat berharap semoga kerajaan Malaysia turut sama dapat membawa pulang pelajar kita secepat mungkin.

Sama-samalah kita doakan keselamatan rakyat Malaysia yang berada disana dan berharap mereka semua dapat dibawa keluar dengan selamat.Wassalam..chow!

No comments:

Post a Comment